Blog Isu Semasa

Saturday, 5 July 2014

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan ( 2 orang ):

1 ekor ikan keli sederhana besar (disiang,dibersihkan dan direndam dgn air asam jawa dan garam kasar)
10 biji cili api/ 5 biji cabai tanduk (boleh + klau nk pedas)
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sebatang serai
1 inci kunyit hidup
semangkuk santan/500ml
garam dan perasa secukupnya
sedikit garam halus dan serbuk kunyit
2 keping asam keping
1 biji buah tomato & daun kunyit (ikut suka tak letak pun jadi gak)

Cara menyediakan:
ikan yg telah dibersihkan,diperap dgn garam halus dan serbuk kunyit,..gorengkan ikan jgn terlalu garing dan ketepikan.
tumbuk cili api + bawang merah + bawang putih + serai dan kunyit hidup.
tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk hingga naik bau wangi (pecah minyak)
masukkan pati santan,asam keping dan biar sampai menggelegak sekejap. perasakan dengan garam n serbuk perasa.
lastly masukkanlah ikan keli yg telah digoreng tadi bersama buah tomato n daun kunyit,...da siap dah boleh makan dengan nasi panas

No comments:

Post a Comment