Blog Isu Semasa
Agama | Aneka Nasi | Biskut | Edisi Lawak | Hiburan | Kuih-muih | Masakan barat | Minuman | Perkara Menarik Sedunia | Perlancongan
Saturday, 5 July 2014
Resepi Ikan Bakar
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap
3 sudu besar cili kering kisar
2 buah keras - kisar
6 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 batang serai - kisar
sedikit lengkuas - kisar
3 daun limau purut - hiris
3 sudu makan minyak bawang putih 1 sudu kecil penuh garam
1 sudu besar penuh gula
foil / daun pisang
Cara Membuatnya
Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dengan kulitnya
Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.
Ikan dibersihkan, dikelarkan di bahagian badan
Campurkan semua bahan kisar bersama garam dan gula.
Letak ikan atas foil atau daun pisang, gaul ngan campuran bahan kisar tadi.
Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau.
Tutup foil atau daun pisang dan bakar hingga masak.
Labels:
Aneka nasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment