Blog Isu Semasa
Agama | Aneka Nasi | Biskut | Edisi Lawak | Hiburan | Kuih-muih | Masakan barat | Minuman | Perkara Menarik Sedunia | Perlancongan
Saturday, 5 July 2014
Resepi Ikan Bawal Sweet Sour
Ikan bawal - kelar dan lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga garing.
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*
1 sudu kecil serbuk cili
3-4 batang cili padi (belah tengah)
1 labu bawang besar (potong bulat)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos plum
8 ketul nenas kiub - belah 2
1/2 biji buah tomato (potong 3 bahagian)
Air mengikut kepekatan kuah yang disukai
2 sudu besar minyak untuk menumis
Garam & gula
CARA:
Blend bahan bertanda (*).
Tumiskan bahan yang diblend dan serbuk cili hingga pecah minyak dan berbau wangi.
Tambahkan air, sos cili, sos tomato, sos plum, cili padi, dan nenas kiub.
Setelah kuah menjadi sedikit pekat, masukkan buah tomato dan bawang besar yang dipotong bulat.
Perasakan dengan garam dan gula.
Setelah masak, tuang ke atas ikan yang telah digoreng sebelumnya.
Hidang bersama nasi putih.
Labels:
Aneka nasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment