Blog Isu Semasa

Thursday, 26 June 2014

Resepi Terbaik Apam Balik

Ramai orang suka makan apam balik.Apalagi masa zaman belajar dulu.Admin sendiri pun suka beli nak-nak apam balik special,siap ada telur lagi.

Tak kiralah tempat mana atau negeri mana sekalipun, apam balik mesti ada peminatnya tersendiri.

Jadi kalau ada di kalangan anda yang berminat nak buat sendiri apam balik,boleh lihat resepi ini.


Terima Kasih kepada Cik Julia atas resepi: Ideal Recepist Dot Blogspot.Ini cara yang dia ajar...

Bahan - Bahannya :
250 gram teping gandum
15 gram susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
50 gram gula kastor
1/4 sudu teh garam
300 ml air biasa
1 sudu teh instan yis
3 biji telur
30 gram gula pasir
3/4 sudu teh sodakarbonat
25 gram butter / marjerin - cairkan

Bahan Inti :
Kacang tanah panggang - cincang kasar
Jagung berkrim
Gula pasir - utk di tabur
Coklat urai atau apapun sesuai citarasa

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk campurkan tepung gandum, susu tepung, baking powder, gula kastor dan garam. Kacau sehingga rata. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau menggunakan whisk sehingga rata. Masukkan butter cair n soda. Kacau rata.

Masukkan yis, kacaukan sehingga rata. Perapkan selama 30 minit. Pukul ringan telur dan baki gula 30 gram tadi. Masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Kacau rata. Masak adunan di dalam kuali anti lekat. Apabila 1/2 masak  taburkan dengan bahan inti. Tutup sekejap. Msk dengan menggunakan api yanng kecil sehingga kulit luar keperangan. Angkat. Sapukan kulit apam balik dengan butter .

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment