Ramai orang berfikir, solat istikharah ini hanya di dirikan bila mana individu itu mahu membuat keputusan untuk menikahi seseorang apalagi jika mereka mempunyai pilihan calon bakal isteri atau suami lebih daripada 1 calon.
Namun begitu solat istikharah ini juga baik di dirikan untuk mengambil keputusan dalam soal jodoh bahkan dalam memilih kerjaya, memilih peluang yang ada di tempat mata seperti perlukah meninggalkan keluarga anak isteri untuk memenuhi tawaran kerja di luar negara.
Ada waktunya manusia itu berbelah bahagi untuk membuat keputusan. Oleh itu, tanyakanlah soalan itu kepada yang Maha Mengetahui yang lebih tahu daripada kita.
Firman Allah:
"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".
Solatlah 2 rakaat seperti solat sunat yang lain dan bacalah doa ini setelah selesai:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib.
Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Petunjuk daripada Allah SWT.
Doa dan permintaan kepada Allah untuk mendapatkan petunjuk bukanlah satu perkara yang sia-sia. Kebiasaannya Allah akan memberi petunjuk kepada kita melalui kecenderungan hati. Anda juga perlulah berbincang dengan yang lebih arif tentang keputusan yang mahu anda lakukan.
Usaha yang di semai bersama dengan istikharah pasti akan menemui satu titik bahagia. SEkiranya keputusan yang di ambil memberi satu situasi yang kurang enak, positiflah dengan Allah. Kerana ada kemungkinan anda tidak melihat hikmahnya hari ini, namun ia akan Allah tunjuk untuk jangka masa yang panjang kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui.



No comments:
Post a Comment