Blog Isu Semasa

Friday, 27 June 2014

Resepi Kerabu Sotong


Bahan-bahan:

2 ekor sotong saiz sederhana – dibersihkan dan dihiris ½ cm tebal
50 sen suun – direndam hingga lembut, dipotong dua inci panjang
2 cawan air
½ sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 biji limau nipis

Bahan hiris:

1 biji bawang besar
2 helai daun limau purut
1 batang serai
1 batang bunga kantan
1 biji tomato – dibuang biji
4 biji cili api
1 pokok daun sup

Cara-cara:

Didihkan 2 cawan air.
Celur sotong selama 5 minit. Sejatkan airnya..
Didihkan semula air rebusan sotong tadi.
Masukkan suun sebentar. Sejatkan.
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
Gaul rata. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment