Blog Isu Semasa

Thursday, 26 June 2014

Resepi Kek Pandan Chiffon


Bahan bahannya.

-4 oz tepung naik sendiri
-5 oz gula kaster
-3 biji kuning telur
-3 biji putih telur
-¼ sudu teh garam
-4 sudu besar minyak jagung
-5 sudu besar air
-½ sudu besar cream of tartar
-½ sudu teh esen vanila
-Sedikit jus pandan

Caranya:

-Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
-Lubangkan tengah-tengah, masukkan minyak, kuning telur, air, vanila dan jus pandan.
-Kacau rata-rata sampai adunan itu halus.
-Tabur cream of tartar ke atas putih telur dan pukul sampai putih dan naik.
-Tuangkan adunan tepung ke dalam putih telur dan kacau perlahan-lahan sehingga rata.
-Tuangkan ke dalam acuan dan bakar selama satu jam.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment