Blog Isu Semasa

Friday, 27 June 2014

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan ( 4 org )

1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
20 biji cili padi ( nak lagi kaw, tambah lagi )
setengah ekor ayam, dipotong ketul2.
4 biji kentang, dipotong
4 batang carrot, dipotong
1 gelas santan
garam secukup rasa
air
satu kiub chicken stock
minyak utk memasak
serbuk kunyit

Cara-cara

bersihkan ayam, ratakan serbuk kunyit pada ayam. perap utk 30 minit.
bersihkan bawang besar, cili padi, halia dan bawang putih. blend kan dengan sedikit air.
Panaskan kuali dengan minyak, tumis bende2 yang telah di blend.
Bila bau dah naek, masokkan ayam. biarkan sampai air ayam keluar. letak segelas air utk cepatkan ayam masak.
masokkan chicken stock, kentang dan carrot. Biarkan selama 10 - 15 minit
Bila ayam dah masak, dan carrot dan kentang dah macam lembut, masokkan garam, diikuti dengan santan. biarkan lagi utk 10 minit.

No comments:

Post a Comment