Blog Isu Semasa
Agama | Aneka Nasi | Biskut | Edisi Lawak | Hiburan | Kuih-muih | Masakan barat | Minuman | Perkara Menarik Sedunia | Perlancongan
Friday, 27 June 2014
Resepi Puding Buah Jelly Kristal
Bahan-bahan ( saiz puding 30cm (diameter) )
Bahan A
1 biji kek gulung @
1 kotak Swiss Roll (sebarang perisa)
Bahan B
1 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan susu cair
3/4 cawan gula
3 cawan air
* sukatan mesti menggunakan cawan yg sama
Bahan C
1 tin buah Peach
1 tin buah Laici
1 biji buah Naga
Bahan D
1 kotak Jelly Kristal (Nona) * sebarang perisa
Cara-cara
Potong bahan A iaitu kek gulung lebih kurang 1 inci. Kemudian susun di dalam dulang.
Kemudian, campurkan kesemua bahan B ke dalam periuk dan kacau hingga likat dan berkilat. Seterusnya angkat dan tuang ke dalam dulang yg berisi kek gulung tadi.
Seterusnya, susun bahan C iaitu buah-buahan tadi di atas tepung kastard yg telah sejuk mengikut citarasa.
Akhir sekali, masak bahan D iaitu Jelly Kristal Nona mengikut arahan di belakang kotak dan tuang di atas buah-buahan yg telah disusun perlahan-lahan.
Tunggu Jelly Kristal Nona sejuk, dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk supaya tahan lama..
Labels:
Kuih-muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment