Blog Isu Semasa

Friday, 27 June 2014

Resepi Ikan Stim Taucu


Bahan-bahan ( 3-5 org )

500 gm ikan kerapu/merah/putih
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia muda
3 btg cili merah/hijau (utk hiasan)
10 biji cili padi ( iku suka smda pedas or tak)
3 sdm taucu manis (dlm botol brand yeo's)
1 biji bawang besar ( tuk hiasan)
bawang goreng dan daun sup
garam dan bahan perasa
1 sdk minyak masak tuk menumis
1 biji tomato ( di belah 4 tuk hiasan)

Cara-cara

Bersihkan ikan.
Cincang/hiris bwg putih, merah, halia, cili merah/ hijau, cili padi dan bawang besar.
Panaskan minyak. Tumis semua bahan yg tlh d cincang/hiris td sehingga naik wangi. Masukkan taucu dan tomato. Tambahkan bhn perasa dan garam. Tambahkan air mengikut kesukaan anda. (sy sgaja letak air byk2 coz hubby sy suka hirup kuah ikan stim ni..)
Sediakan periuk pengukus dan panaskan sehingga air mendidih. Susun ikan dlm bekas aluminium. Tuangkan bahan tumisan ke atas ikan. Tambahkan bhn hiasan spt bwg goreng dan daun sup yg telah diracik halus.
Kukus dengan api sederhana sehingga masak.
Hidangkan ketika panas. Mesti best punyer... bak kata hubby, "mertua lalu pun tak perasan..." Hehehe.. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment