Blog Isu Semasa

Friday, 4 July 2014

Resepi Nasi Ayam Madu


Bahan-bahan ( 2 orang )
2 cawan beras
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
[hiasan]
daun bawang
daun sup
bawang goreng
daun salad/timun

Cara-cara
-Bersih ayam. Potong ikut suka
-Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
-Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
-Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
-Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
-Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi

No comments:

Post a Comment