Blog Isu Semasa

Wednesday, 2 July 2014

Komen Azwan Ali Ada Betulnya.Kan?

Sekarang ini tengah heboh dekat twitter dan forum-forum bahawa baby AA Azwan Ali ada buat satu tweet yang merendahkan juadah di baazar Ramadhan. Tidak pasti dengan bazar mana yang di maksudkan oleh beliau.


Beliau ada membuat tweet tersebut melalui twitter baru-baru ini:


Baiklah, jika tweet tersebut di baca oleh abang-abang dan mak cik-mak cik yang menjual di bazar, memang mereka akan tersinggung dengan pernyataan itu. Tapi admin rasa beliau boleh membuat pernyataan itu dengan nada yang lebih baik.

Admin tidak nafi, tidak semua juadah yang di jual di bazar itu OK. Rasanya di semua tempat seperti itu. Ada yang best ada juga yang indah rupa dari rasa. Contoh, jika kuih yang di jual nampak warnanya menyerlah, tapi bila makan macam langsung tidak di campur gula. Ini cara penjual mahu berjimat tahap level 10.

Rasa benda ini Nabil ada ulas dalam lawak dia dulu, jika pergi bazar, warna kuih memang menyengat sampai kita tergoda habis di tambah perut yang sedang kelaparan. Tapi rasanya belum tentu menjadi. Jadi di sini, komen Azwan Ali itu ada benarnya.

Cuma admin sarankan beliau guna cara yang lebih lembut untuk melontarkan ayat. Tapi dia dah jenis macam itu nak buat macam mana kan? HAHA.

Semoga penjual di bazar tulus dalam menjual dan semoga Azwan Ali juga dapat membuat teguran dengan lebih berhemah.

No comments:

Post a Comment