Blog Isu Semasa

Friday 4 July 2014

Resepi Butter Cream Cookies


Bahan-bahan ( 14 keping )

[ cookies ]
30g almond powder
1 sudu kecil baking powder
60g mentega tanpa garam
50g gula halus
1 biji telur kuning
3-4 titik esen vanila
90g tepung
[ butter cream ]
50g mentega tanpa garam
10g gula halus
1 biji telur putih
1 sudu besar gula aising
raisin secukupnya

Cara-cara

Panaskan oven 160 degree
[ Sediakan cookies ]
Pukul gula dan mentega sehingga kembang
Kemudian masukkan telur kuning. Pukul lagi sampai jadi bentuk krem
Masukkan tepung, almond powder dan baking powder yang telah diayak. Gaul sebati.
Canaikan biar jadi setebal 3-4 mm. Terap dengan penerap. Ikutlah bentuk apa yang disukai.
Bakar selama 10-15 minit
[ Sediakan cream ]
Pukul telur putih dan gula aising sehingga kembang atau bila diterbalikkan mangkuk, telur putih tak jatuh.
Dalam bekas lain, pukul mentega dan gula halus sehingga jadi bentuk cream
Campurkan kedua-dua adunan tadi. Masukkan kismis dan kacau dengan senduk sehingga sebati. Tak perlu pukul dengan mixer.
Ambil sedikit krim letak di atas cookie dan kepitkannya. Buat sampai habis.

No comments:

Post a Comment