Blog Isu Semasa

Friday 4 July 2014

Resepi Blueberry cookie


Bahan-bahan ( +/- 60 biji )

370g tepung gandum
75g gula halus
75g gula perang
2 sudu besar susu segar
200g mentega
sedikit esen vanila
100g bluberry kering

Cara-cara

Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim.
Masukkan pula gula, pukul sehingga putih.
Masukkan pula susu dan juga esen vanila. Kacau sehingga semuanya sebati.
Ayakkan tepung masuk ke dalam mangkuk adunan tadi. Kemudian masukkan blueberry. Kacau sehingga semuanya sebati.
Blueberrycookie2 Ambik 1/2 adunan. Letakkan di atas oven paper. Gulung ketat-ketat buat bentuk selinder yang diameternya lebih kurang 2-3cm. Ulang untuk 1/2 adunan lagi. Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih.
Blueberrycookie1 Potong adunan tadi setebal 1cm. Bakar pada suhu 180C selama 15~20 minit.

No comments:

Post a Comment