Blog Isu Semasa

Friday 4 July 2014

Resepi Ayam Masak Kicap


Bahan-bahan
¼ ekor ayam (dipotong kecil)
4 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dipotong serong
½ sudu kecil kiub ayam
2 sudu cili giling
1 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap masin
1 sudu kicap cair
Minyak untuk menumis
Sedikit air

Cara-cara membuatnya
1.Goreng ayam dengan garam kunyit dan ketepikan.
2.Tumis cili giling sehingga pecah minyak atau masak. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar, kacau sehingga naik bau.
3.Selepas itu masukkan, 1 sudu kicap manis,2 sudu kicap pekat, 1 sudu kicap masin,1 sudu kicap cair dan juga ½ sudu kecil kiub ayam. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan sedikit air.
4.Apabila telah pekat, masukkan bawang besar dan cili merah, kacau seketika dan kemudian masukkan ayam goreng. Kacau sebati  dan biarkan sehingga kuah kicap pekat dan serasi dengan ayam goreng. Kemudian boleh masukkan sedikit garam seandainya perlu.
5.Taburkan daun sup dan daun bawang dan siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment