Blog Isu Semasa

Thursday, 26 June 2014

Resepi Sup Cendawan Berkrim

Suka tak dengan sup cendawan? Kalau makan pizza, tak sah kalau tidak order sup cendawan sekali kan? Bagi anda yang memang suka sangat-sangat dengan sup cendawan, admin nak share resepi sup cendawan berkrim dengan anda semua.

Jadi anda boleh salin resepi ini dan cuba buat. Mana lah tahu kalau sedap lepas ini dah tidak perlu lagi beli mushroom dekat kedai kan =)


Bahan-bahan:

200gm Isi ayam-dicincang
3 ulas bawang putih-dihiris
1 labu bawang besar-dihiris
250gm mentega
1 tin cendawan butang-dipotong nipis
240gm tepung gandum
1 ½ liter air
500ml susu segar
2 kiub pati ayam
Garam & Lada sulah secukup rasa

Cara-cara:

Panaskan mentega didalam periuk dengan api yang perlahan hingga cair.
Masukkan bawang besar dan bawang putih,tumis hingga layu.
Masukkan isi ayam dan cendawan tadi..kacau sehingga ayam masak.
Masukkan tepung gandum,kacau sehingga kuning.
Masukkan air sedikit demi sedikit.kacau selalu supaya tak berketul.biar hingga mendidih.
Tutupkan api dan biarkan utk sejuk seketika.
kisarkan kesemua bahan tapi jangan biar terlalu halus
Masukkan semula bahan yang dikisar tadi kedalam periuk dan masak semula diatas api yang perlahan.
Masukkan susu segar,kiub ayam,perasa,lada sulah dan garam secukup rasa.Kacau dan biarkan mendidih seketika.
Siap utk dihidangkan..

No comments:

Post a Comment