Blog Isu Semasa
Agama | Aneka Nasi | Biskut | Edisi Lawak | Hiburan | Kuih-muih | Masakan barat | Minuman | Perkara Menarik Sedunia | Perlancongan
Thursday, 26 June 2014
Resepi Siakap Stim Lemon
Bahannya
1 ekor ikan siakap
2 s/b tepung jagung
1 s/b mentega
1 biji lemon (dihiris)
1 btg lobak merah (dipotong)
5 btg pucuk jagung muda (dipotong)
20gm cendawan (dipotong dua)
1 biji tomato (dibelah 4) *kite belah 6
2 sm halia (dihiris halus)
2 biji bawang putih (dihiris halus)
1/4 cawan air masak
9 tangkai cili padi (dipotong kecil2@ ketuk) *kite belah je kes nak kurang pedas,karang dak aqil bising....
1 sudu kecil garam
Caranya
-Bersihkan ikan siakap & toskan. Lumurkan garam, mentega ke badan ikan & lumur tepung jagung.
-Gorengkan sekejap halia & bawang putih di dalam kuali berasingan.
-Letakkan ikan ke dalam kuali stim, letakkan kepingan lemon ke atas ikan. Masukkan kesemua jenis sayuran termasuk cili api di dalamnya.
-Bancuh tepung bersama air & tuangkan di dalam kuali.Masukkan halia & bawang yang telah digoreng td.
-Tutup kuali stim seketika. 5 minit kemudian, perahkan jus lemon ke atas siakap td & tutup sehingga ikan masak. Hidangkan & sedia untuk di makan.
sumber dari : http://shshada.blogspot.com/
Labels:
Aneka nasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment