Blog Isu Semasa
Agama | Aneka Nasi | Biskut | Edisi Lawak | Hiburan | Kuih-muih | Masakan barat | Minuman | Perkara Menarik Sedunia | Perlancongan
Thursday, 26 June 2014
Resepi Mee Rebus Penang
Bahan kuah kacang
-500 gram kacang tanah
-500 gram bijan
-150 gram biskut marie, dikisar
-600 ml air
-Garam, gulaResepi Mee Rebus PenangCili kisar
-Air asam jawa
Cara-cara
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak dan dikisar sederhana halus
2. Goreng bijan tanpa minyak. Ambil separuh dan dikisar
3. Masukkan kacang tahan kisar, bijan kisar dan biskut maire kisar ke dalam periuk. masukkan air dan masak seketika.
4. Akhir sekali masukkan garam, gula, cili kisar dan air asam jawa scukup rasa.
5. Kacau hingga sebati dan masak hingga mendidih.
Tips : Jika kurang pekat, tambah sedikit biskut marie
Bahan kuah
-3 kg keledek
-1 kg udang segar, dikisar halus bersama kulit
-200 gram udang kering, dikisar halus
Cili kisar
-1 liter air
-Garam dan serbuk perasa
Cara membuatnya
1. Rebus ubi keledek bersam sedikit garam sehingga empuk. Kemudian dilenyek
2. Masukkan udang segar, udang kering, cili kisar, ubi lenyek dan air ke dalam periuk. Kacar rata dan masak sehingga mendidih.
3. Bubuh garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan masak seketika.
4. Sedia untuk dihidang
Bahan cucur udang
-2 cawan tepung gandum
-2 cawan tepung beras
-500 gram tauge
-500 gram udang segar
-100 gram udang kering, dikisar
-Garam, air dan minyak masak
Cara membuat cucur udang
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas. Bubuh air dan gaul hingga sebati.
2. Panskan minyak. Dengan menggunakan sudu atau tangan, masukkan adunan ke dalam minyak panas dan gorengsehingga kekuningan.
Bahan cucur kelapa
-1/2 biji kelapa parut
-2 cawan tepung gandum
-1 biji bawang merah, dihiris nipis
-Garam
-Air secukupnya dan minyak masak
Cara membuatnya
1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas. Bubuh air dan gaul sehingga sebati. Biarkan seketika.
2. Panaskan minyak. Dengan menggunakan sudu atau tangan, masukkan adunan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga kekuningan.
Bahan hiasan
-Mee kuning, dicelur
-Tauge, dicelur
-Ubi kentang rebus, dipotong dadu
-Daun bawang, dihiris halus
-Bawang goreng
-Tauhu goreng, dipotong kecil
-Cucur udang, dipotong kecil
-Cucur kelapa, dipotong kecil
-Sambal sotong
-Telur rebus
-Limau nipis
-Cili merah, dipotong nipis
Cara hidang:
1. Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk. Kemudian tabur bahan hiasan lain di atasnya
2. Tuang kuah mee rebus diikuti kuah kacang. Sedia untuk dimakan.
Resepi dari: http://resepihatiku.com/
Labels:
Aneka nasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment