Blog Isu Semasa

Thursday, 26 June 2014

Resepi Muffin Oreo


BAHAN-BAHANNYA

-125 gram mentega
-1/2 cawan gula perang atau brown sugar
-1 cawan tepung naik sendiri
-1/2 sudu teh baking powder ( digaul rata dan diayak)
-2 biji telur gred A
-1/2 sudu teh esen vanilla
-5 keping biskut oreo - kisar bersama krimnya sekali
-Beberapa keping biskut oreo untuk hiasan


BAHAN UNTUK BUTTERCREAM

-125 gram mentega
-70 gram krimwell
-80 gram gula ising diayak
-1/2 sudu teh esen vanilla
-2 sudu besar susu pekat manis


CARA MEMBUATNYA

-Mula-mula panaskan oven pada suhu 175C.
-Dalam mangkuk mixer, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla.
-Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan.
-Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit.
-Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sehingga sebati.
-Kemudian Isikan bahan aduan tadi dalam cup yang disediankan (1/2 cawan jika anda ingin sapu buttercream atau 3/4 cawan sekiranya anda inginkan yang gebu.
-Setelah selesai, bakar selama 10 - 15 minit.
-Sejukkan sebentar sebelum hias dengan buttercream dan biskut oreo.
-Anda juga boleh gantikan dengan strawberry jika mahu.

UNTUK BUTTERCREAM. 

-Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
-Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. kemudian isi aduan dalam piping bag...hias sebagaimana yang diinginkan.
-Letakkan biskut oreo sebagai hiasan.

No comments:

Post a Comment