Blog Isu Semasa

Saturday, 28 June 2014

Doa Untuk Kurangkan Rabun Dekat atau Jauh

Bagi anda yang mengalami masalah rabun dekat atau rabun jauh, eloklah untuk di amalkan ayat ini. Ada sedikit petua yang turut sama admin kongsikan buat anda. Amalkanlah ia secara konsisten. InsyaAllah berhasil dan jangan lupa banyak berdoa kepada Allah swt.



لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
Maksudnya:
(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami singkapkan tutup (yang menutupi) pandanganmu pada hari ini menjadi sangat tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

Qaf (22)

Cara-caranya:

Dapatkan 7 batang karot yang muda dan diblend. Baca doa ini sebanyak 7 kali pada jus karot yang telah diblend tersebut. Lakukan selama 3 hari berturut-turut. Jus karot mengandungi "beta carotene" baik untuk perbaiki penglihatan, mencegah penglihatan yang lemah, katarak, hemeralopia dan mata-kering. Dengan berkat dan izinNya banyak pesakit telah sembuh dari rabun mata.

No comments:

Post a Comment