Blog Isu Semasa

Saturday, 28 June 2014

12 Mutiara Kata Islamik Pengubat Hati

Jarak paling jauh antara masalah dengan solusi hanyalah sejauh lutut dengan lantai. Orang yang berlutut pada Tuhan mampu berdiri untuk melakukan apapun.

Mutiara kata 2:
Penyesalan sehari bila masak nasi menjadi bubur, penyesalan sebulan bila salah potong rambut, penyesalan setahun bila tidak lulus, penyesalan seumur hidup bila salah pilih pasangan hidup, penyesalan selamanya bila salah pilih IMAN.

Mutiara kata 3:
Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.


Mutiara kata 4:
Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu kayu keimanan yang kukuh.

Mutiara kata 5:
Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.

Mutiara kata 6:
Walaubagai alim pun seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.

Mutiara kata 7:
Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara.

Mutiara kata 8:
Boleh jadi Allah mencegah anda memperoleh sesuatu adalah sebuah kurniaanNya dan tidak terlaksananya keinginan anda adalah sebuah bentuk kasih sayangNya, tertundanya pencapaian anda dari apa yang anda inginkan adalah inayah dari Allah, kerana Allah mengetahui diri anda lebih dari anda sendiri.

Mutiara kata 9:
Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya. Siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara'. Sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

Mutiara kata 10:
Sesiapa yang bertakwa kepada Allah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, dia akan diberikan petunjuk sehingga dia mengenali hak dan batil. Ini akan menjadi sebab musabab kepada kejayaan serta pelepasan dirinya dari masalah di dunia, serta sebab musabab kepada kebahagiannya di akhirat.

Mutiara kata 11:
Bila dirimu letih dan hilang semangat, Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan  hatimu kedukaan, Allah telah mengira titisan air matamu. Bila dirimu rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah sentiasa di sisi mu. Bila dirimu telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaiannya. Bila tiada yang bererti buatmu, kecewa dan keliru, Allah ada jawapannya.

Mutiara kata 12:
Tidak salah mencari kekayaan dan kesenangan yang halal, banyak pun tak mengapa tetapi hendaklah takut dengan Allah, kerana kekayaan dan kesenangan selalu sahaja menjadikan kita sombong dan melalaikan kita.

No comments:

Post a Comment