Blog Isu Semasa

Wednesday, 25 June 2014

Doa Ketika Sedang Bersedih

Dalam hidup pasti ada dugaan. Lumrah manusia selagi kita bernyawa, pasti ada ujian Allah turunkan buat kita untuk menilai keimanan kita. Namun begitu, Allah tidak membiarkan kita untuk terus di selubungi rasa sedih sehingga kita tidak lema tidur, tidak tenang hidup dan tiada selera untuk makan.

Jika anda sedang bersedih kerana sedang di uji: 

-Bergaduh dengan pasangan 
-Berpisah dengan kekasih 
-Putus tunang 
-Sedang sakit yang masih belum sembuh 
-Di belenggu masalah kewangan 
-Atau apa-apa perkara yang membuatkan diri kita merasa sedih, maka amalkan membaca ayat ini,tidak kira masa dan waktu, apalagi selepas selesai solat wajib dan sunat. Ayatnya: 




Atau ayat ini :





Maksud ayat ini: Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

 Admin doakan semoga Allah memberikan kesabaran kepada anda yang di timpa ujian. Percayalah, Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang sentiasa di uji. Semoga anda menjadi orang yang lebih hebat,insyaAllah.

No comments:

Post a Comment