Blog Isu Semasa

Tuesday, 24 June 2014

Doa Ketika Berdepan Dengan Musuh

Artikel ini bukanlah bertujuan untuk meminta  atau menghalalkan anda daripada mempunyai musuh. Aneh pula ayat yang admin tulis ini :P



Ayat ini boleh di amalkan bilamana anda berdepan dengan individu atau sesiapa yang mungkin suka menjatuhkan rakan-rakan mereka di tempat kerja atau di tempat belajar. Kita tidak tahu bilamana ada orang yang berniat akan menzalimi kita bukan? Bila kita berdepan dengan mereka, mereka mungkin membuli,mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati.

Anda  pula bersikap lemah tanpa respond apa-apa. Maka amalkanlah ayat-ayat ini setiap masa apalagi ketika berdepan dengan mereka.

Ayat 1 :


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka.

Ayat 2 :


Maksudnya:
Ya Allah, engkaulah Pembantuku dan Engkaulah Penolongku dan dengan pertolongan Engkaulah aku berperang.

Ayat 3 : 
Maksudnya:
Cukuplah bagi kami pertolongan Allah dan Allahlah sebaik-baik penolong.

Sebaiknya, print semua ayat di atas, dan tampal di meja belajar anda atau tampal di meja kerja di pejabat anda. Cuba lihat ayat yang ketiga- cukup pendek dan insyaAllah mudah untuk di ingat. Allah adalah sebaik-baik penolong kita dan ingatlah hamba Allah yang menzalimi rakan-rakan juga makhlik Allah dan mereka juga lemah.

Amalkan semua ayat di atas dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi kita kekuatan untuk berdepan dengan mereka yang "keras" dan zalim perwatakannya.


No comments:

Post a Comment