Blog Isu Semasa

Saturday 5 July 2014

Resepi Nasi Goreng Kerabu


BAHAN-BAHANNYA:

Ikan bilis lebih kurang segenggam - goreng garing terlebih dahulu
Sekuntum bunga kantan dihiris halus
2 batang serai dihiris halus
2 ulas bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih- dicincang halus
4 ulas cili padi - hiris halus
2 sudu makan sos tiram
4 batang kacang panjang -dipotong kecil-kecil
Kubis atau apa-apa jenis sayur yang anda suka
3 mangkuk nasi
Garam
Minyak masak

CARA-CARA MEMBUAT NASI GORENG KERABU:
Terlebih dahulu tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau wanginya.
Masukkan bunga kantan, cili dan serai. Tunggu sehingga naik baunya juga.
Kemudian masukkan kacang panjang dan kubis atau apa sayur yang anda suka.
Masukkan nasi putih.
Selepas itu masukkan garam secukup rasa mengikut tahap kemasinan anda dan masukkan sekali sos tiram.
Kacau sehingga semuanya sekata dan cukup tahap kesedapannya anda bolehlah masukkan ikan bilis goreng.
Akhir sekali kacau sekejap dan gaul semuanya.
Nasi goreng kerabu anda telah pun siap.

No comments:

Post a Comment