Blog Isu Semasa

Friday, 4 July 2014

Resepi Makaroni Bakar


Bahan-bahan ( 2 loyang sederhana besar )

Bahan A: 1. Makaroni 1 paket kecil (sanremo)
Bahan B: 1. Daging 1/2 kilo (dikisar) 2. Bawang merah 6 ulas 3. Bawang putih 2 ulas 4. Bawang besar 1 biji (dadukan) 5. Sedikit ciliboh 6. Sos kicap, sos tomato, serbuk perasa garam dan gula 7. Sedikit minyak untuk menumis
Bahan C 1. Lada merah 2 biji (dadukan) 2. Lada hijau 2 biji (dadukan) 3. Daun sup (dihiris halus) 4. Telur 10 biji (dikepuk) 5. Susu cair 1 tin 6. Bawang goreng

Cara-cara

Bahan A di rebus sehingga masak. Masukkan sedikit garam dan minyak semasa merebus utk mengelakkan dari melekat. Sesudah masak toskan.

Tumis bahan B seperti cili boh bawang merah dan putih sehingga garing. Kemudian masukkan daging yg dikisar, masak sehingga empuk. Masukkan sos kicap, sos tomato ,gula ,garam dan serbuk perasa. Kacau sampai sebati.

Gaulkan bahan A dan Bahan B didalam mangkuk besar. Masukkan bahan C seperti bawang goreng, lada merah, lada hijau, dan daun sup. Gaul sampai rata.

Kepuk telur dan campurkan dengan susu cair. Kemudian ambil loyang, masukkan adunan makaroni tadi dan siramkan dengan campuran telur dan susu cair.

Bakar adunan makaroni selama sejam dengan suhu 160 celcius. Tutup permukaan dengan aluminium foil.

No comments:

Post a Comment