Blog Isu Semasa

Friday, 4 July 2014

Resepi Kuih Akok


Bahan-bahan ( 36 biji )

5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus

Cara-cara

Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
Dsc02372 Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

No comments:

Post a Comment