Blog Isu Semasa

Friday 4 July 2014

Resepi Coffee Cookies


Bahan-bahan ( 30 biji )

240g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar instant coffee
1 biji telur
80g gula halus
60g gula perang
100g unsalted butter- suhu bilik

Cara-cara

Ambik 2 sudu besar instant coffee campurkan dengan 2 sudu besar air panas. Kacau dan ketepikan.
1 Pukul butter sehingga jadi bentuk krim
2 Dalam bekas lain, campurkan kedua-dua jenis gula dan kacau.
3 Masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam butter. Pukul sehingga putih/ kembang
4 Masukkan telur sikit demi sedikit dan pukul lagi
5 Kemudian masukkan pula instant coffee yang telah dicairkan. Kacau.
6 Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dengan baking powder. Kemudian campurkan 1 sudu besar instant coffee yg tak dicampur dengan air. Kacaukan.
7 Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter tadi sambil dikacau.
8 Drop adunan tadi ke atas loyang yang dilapik dengan oven peper. Taburkan sedikit instant coffee ke atasnya.
9 Bakar dengan suhu 180C selama 15-20 minit
10 Boleh bungkus cantik-cantik sebagai buah tangan ;)

No comments:

Post a Comment