Blog Isu Semasa
Agama | Aneka Nasi | Biskut | Edisi Lawak | Hiburan | Kuih-muih | Masakan barat | Minuman | Perkara Menarik Sedunia | Perlancongan
Friday, 4 July 2014
Resepi Blueberry cheesecake
Bahan-bahan ( 18 cm )
80g Graham cracker/biskut digestive atau apa-apa biskut yg sesuai
40g butter
200g cream cheese
30g gula halus
1 biji kulit lemon
4 sudu kecil madu
60g plain yogurt
70g fresh milk
12g gelatin - cairkan dengan 3sb air suam
125g fresh cream
1 biji jus lemon
6 sudu besar jem blueberry
70g blueberry fruit
Cara-cara
-Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar hancur.
-Masukkan butter ke dalam beg plastik tadi. Ramas-ramas dengan biskut biar sebati.
-Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biskut biar padat. Loyang yang digunakan mesti yg boleh dicabut pada bahagian bawah.
-Kemudian simpan dalam peti ais sehingga hendak digunakan.
-Blueberrycheesecake4 Pukul fresh cream sehingga bila diangkat akan terbentuk macam tanduk.
-Dalam mangkuk lain, cairkan cream cheese dengan meletakkan mangkuk yg ada cream ni ke dalam air panas( beralaskan air panas) Kemudian masukkan gula, madu dan kulit lemon ke dalam cream cheese. -Kacau biar sebati.
-Masukkan pula yogurt dan susu ke dalam mangkuk di langkah ke 5. Kacau biar sebati. Pastu masukkan gelatin. Kacau lagi.
- Campurkan adunan cream cheese tadi dengan fresh cream yg telah dipukul tadi. Masukkan juga lemon jus. -Kaup balikkan dengan spatula sehingga bergaul mesra.
-Ambik 1/4 dari adunan. Campurkan dengan 6 sudu jem. Kacau rata.
-Kemudian masukkan 1/4 adunan jem ni ke dalam adunan selebihnya. Kacau perlahan biar jadi bentuk mable.
-Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang yg ada biskut tadi. Taburkan pula dengan blueberry fruit. -Masukkan pula adunan yg selebihnya.
-Simpan dalam peti ais sehingga beku.
Labels:
Kuih-muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment