Blog Isu Semasa

Friday, 4 July 2014

Resepi Beef Steak


Bahan-bahan:

500 gm daging steak/tenderloin [bersihkan]
1 s/b kicap pekat
1 s/k madu/gula
1 s/b sos plum

Bahan kisar 
1 s/b lada hitam
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang
1 inci halia

Cara-cara
Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].
Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.
Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.
Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.
Angkat daging dan sediakan sos.
SOS LADA HITAM

Bahan-bahan:
1 s/b lada hitam
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b sos tomato
1 s/b kicap pekat

Cara-cara:
Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.
Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.
Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.
SAYURAN

Salad bulat[potong kecil]
tomato segar [potong baji/nipis]
kentang goreng [potato chips]
baked beans[ panaskan sikit]
Susunkan semua saperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam.

No comments:

Post a Comment