Mungkin ungkapan sudah jatuh ditimpa tangga amat sesuai dengan seorang OKU yang bernama Wang Feng. Beliau merupakan seorang OKU yang mahu pergi bertandang ke rumah saudaranya. Jadi, ada sebuah teksi yang menawarkan khidmat kepaada beliau.
Sebelum Wong Feng mahu menaiki teksi tersebut, belian dan pemandu itu sudah bersepakat tentang bayaran yang akan di kenakan. Namun dalam perjalanan, teksi itu telah melalui kesesakan jalan raya yang tidak di duga dan pemandu teksi pula memutuskan untuk menaikkan harga bayaran.
Wong Feng tidak bersetuju dengan harga tersebut kerana beliau tidak punya wang tambahan untuk di bayar. Berang dengan Wong Feng, pemandu teksi itu nekad untuk meninggalkan beliau di atas jalan.
Mujurlah ada seorang penunggang motosikal yang ada di situ membantu beliau dengan menghubungi pihak polis. Kes ini dalam siasatan dan menurut pihak polis ada kemungkinan pemandu teksi itu sebenarnya menjalankan khidmat penghantaran tanpa lesen.
Alahai kesiannya dekat dia. Jika kita sudah berjanji dan sudah punya kata putus, kenapa perlu kita ubah saat-saat akhir macam itu kan? Kasihan dekat orang OKU itu :(
No comments:
Post a Comment