Blog Isu Semasa

Sunday, 29 June 2014

Tips Bawa Anak Kecil Melancong Ke Korea

Korea merupakan negara 4 musim yang semakin terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa dewasa ini dan melancong dengan membawa bersama kanak-kanak semestinya menyeronokkan. Namun kadangkala anda pasti berasa risau apabila ingin membawa anak-anak anda melancong ke negara 4 musim. Namun anda pasti mahu tahu adakah sesuai membawa kanak-kanak terutamanya bayi apabila melancong ke negara sonata ini. Di sini kami ada beberapa tips yang anda boleh ikuti.


Perkara paling penting sekali apabila merancang untuk melawat Korea bersama kanak-kanak adalah tarikh dan musim yang mana anda akan melawat. Tentukan musim yang benar-benar anda sukai supaya anda dapat mempersiapkan segala kelengkapan untuk anak-anak anda. Jika anda tanya pada kami musim yang mana paling sesuai membawa anak-anak, jawapan kami SEMUA MUSIM! Ini disebabkan Korea mempunyai keistimewaan tersendiri pada setiap musimnya.

Pilih musim mana yang anda mahu pergi, kemudian persiapkan PAKAIAN anak-anak anda termasuk lampin selengkapnya. Pakaian merupakan perkara paling penting apabila melawat negara Korea kerana pakaian akan menyesuaikan diri dengan keadaan dan suhu semasa.

Perkara kedua yang penting adalah pergerakan anak-anak anda. Jika anak anda masih bayi kecil, pastikan anda membawa bersama STROLLER atau BABY CARRIER yang sesuai bagi memudahkan pergerakan anda dan juga anak-anak. Pilih stroller yang mudah lipat, ringan, kukuh dan simple.

Walaupun stoller mungkin sedikit menyusahkan apabila berada di kawasan yang terdapat ramai orang, namun stoller memudahkan dan mengurangkan beban anda untuk mendukung anak anda pada setiap masa. Penggunaan stoller di Korea kami klasifikasikan sebagai mudah kerana terdapat kemudahan yang boleh digunakan jika membawa stoller seperti lif. Namun anda harus bersedia mengankat stoller tersebut jika sesebuah lokasi (contohnya sesetengah stesen Subway) tidak menyediakan perkhidmatan lif.

Seterusnya, MAKANAN!
Makanan merupakan perkara yang penting jika anda melancong bersama anak-anak. Kanak-kanak pastinya lebih cerewet bab-bab makanan. Orang dewasa boleh dikatakan masih boleh menahan lapar jika tiada tempat untuk makan, namun bereza dengan kanak-kanak. Oleh itu, pastikan anda menyediakan bekalan makanan, minuman termasuk SUSU anak-anak anda sebelum keluar untuk tour. Pack makanan dan minuman anda secukupnya di dalam bekas yang ringan dan mudah dibawa. Ini dapat menjamin bekalan makanan untuk anak-anak anda sentiasa mencukupi sepanjang hari semasa lawatan.


No comments:

Post a Comment