Blog Isu Semasa

Thursday, 26 June 2014

Resepi Roti Lapis Daging Berkeju

Kalau roti campur keju ada di tambah dengan daging,memang best sangat-sangat. Dah macam burger McD pula rasa. Baiklah, untuk anda yang mahu menghasilkan makanan ala barat tapi simple dengan bahan-bahan yang mudah di dapati, maka Roti Lapis Daging Berkeju memang untuk anda.

Admin dari http://eresipi.blogspot.com/ telah dengan baik hatinya berkongsi resepi ini dengan pembacanya. Maka admin share di sini untuk anda pula yang cuba. Anda boleh layari blog Eresepi untuk tahu lebih lanjut dari admin tersebut tentang resepi ini.


Bahan bahan:
-12 kpg roti
-3 biji telur
-200ml susu fresh
-8 kpg slice cheese
-cheddar diparut
-* sayur2 ikut suka

Untuk Inti:
-300g daging cincang @ 4 kpg dading burger dihancurkan
-2 ulas bwg putih
-1 biji bwg besar
-1/2 paket perencah daging black paper maggi
-sedikit air
-garam dan gula
-minyak

Cara cara:

Untuk inti : 

-Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan bawang besar dan daging, goreng hingga daging empuk.
-Masukkan perencah black paper dengan sedikit air. Masak sehingga daging masak dan kering.
-ketepikan n biar sejuk.

Untuk Roti lapis : 

-Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega. Gaul telur dengan susu sehingga sebati
-Celup roti kedalam bancuhan susu tadi dan susun dlm bekas sehingga penuh.
-Tuang kan separuh dr inti tadi keatas roti dan ratakan. Susun slice cheese keatas daging.
-Tutup dgn lapisan roti yg dicelup seperti langkah pertama
-Akhir sekali tabur chesdar parut kat lapisan atas sekali..
-Jika ada lebihan telur  siram diatas roti .
-Bakar dalam oven  pada sushu 180c lebih kurang 40 minit @ sehingga masak.

Siap.


No comments:

Post a Comment