Blog Isu Semasa

Friday, 27 June 2014

Resepi Kuih tepung Pelita



Bahan-bahan

-Lapisan hijau @ bawah :
-1 cawan tepung beras
-1 cawan gula
-5 cawan air
-4 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air
-sedikit kapur - jgn letak banyak, nanti pahit

Lapisan putih @ atas :
-4 sudu besar tepung beras
-1 kotak santan
-sedikit garam

Cara-cara :

1. Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati
2.  Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
3.  Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap

4. 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam
5. Kacau sehingga sebati
6. Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)
7.Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi
8.Sejukkan

NOTA:
-Sedikit tip untuk membuat kuih ni basah2 seperti kuih dibeli
-Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, tambahkan 2 sudu besar tepung ubi
-Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas
-Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih

No comments:

Post a Comment