Perkara yang harus dipersiapkan sebelum anda melancong ke Korea adalah tempat tinggal dan penginapan. Beberapa pilihan tempat menginap adalah :
Hotel
Hotel merupakan tempat menginap yang selesa dan juga ekslusif. Terdapat banyak hotel penginapan di Korea. Di Seoul sendiri terdapat banyak hotel yang boleh disewa sebagai tempat menginap. Anda boleh Google hotel-hotel yang terdapat di Korea dan pilih hotel yang anda mahukan. Namun, caj yang dikenakan untuk hotel di Seoul adalah agak tinggi. Namun jika anda berkemampuan apa salahnya.
Guest House
Bagi pelancong backpakers, guest house merupakan pilihan baik kerana ia lebih murah dan sangat selesa. Rata-rata guest house di Seoul mengenakan caj KRW 15000 ke atas bagi setiap orang untuk satu malam. Ini bergantung kepada jenis rumah dan musim. pada peak season sewa harian di guest house mungkin akan naik.
Musim panas dan sejuk merupakan peak season kerana memaksa penggunaan air cond dan heater yang banyak. Pemilihan guest house juga baik kerana kebanyakan guest house menyediakan kemudahan seperti di rumah. Biasanya guest house menyediakan bilik mandi, tempat masak, peti ais, mesin basuh, microwave, cerek elektrik dan lain-lain.
Motel
Motel juga adalah satu alternative bagi pelancong kerana ia lebih murah daripada hotel. Tetapi, kemudahan yang disediakan hanyalah kemudahan yang asas seperti air cond atau heater, bilik mandi dan katil serta tilam. Dengan ketiadaan tempat masak seperti di guest house, ini memaksa anda untuk menyediakan perbelanjaan yang lebih untuk makanan.
Di Korea, anda tidak perlu begitu risau dengan keselamatan sekitar tempat menginap kerana kebanyakan tempat tinggal di Korea mementingkan keselamatan dengan memangsang sistem pengunci pintu elektronik. Jadi tahap keselamatan anda apabila menginap di tempat mereka berada dalam keadaan sangat baik.
No comments:
Post a Comment