Blog Isu Semasa

Tuesday, 24 June 2014

Melancong Ke Hong Kong Disneyland

Hong Kong Disneyland!!!!

Siapa yang tidak pernah pasang angan-angan untuk sampai ke Hong Kong Disneyland,kan? Bagi yang sudah menjejakkan kaki ke sini, anda pasti sudah menyimpan seribu satu memori indah di sini apalagi jika pergi dengan anak-anak,pasti mereka merasa sangat bahagia.

Dalam artikel ini, admin mahu buat perkongsian dengan rakan-rakan beberapa tempat yang menarik di Hong Kong Disneyland.


Gambar yang pertama tidak perlu kita perkenalkan lagi,watak ini memang sudah sinonim dari admin kecil lagi, Mickey dengan Minnie Mouse.Lawak betul dengar suara mereka berdua dekat TV .Heheh =)

Kalau rakan-rakan hendak tahu, Disneyland ini terletak di Pulau Lantau,Hong Kong. 


Gambar yang ke-2 ini merupakan pintu utama Hong Kong Disneyland .Siap ada gerbang"Welcome" lagi. Dekat sini memang ada banyak bahagian yang boleh anda lawati.Admin ada sediakan beberapa gambar untuk anda lihat.

1) Mystic Point

Mystic Point ini sekali di lihat seolah-olah macam sebuah istana,kan? Dekat sini ada banyak bahagian rupa-rupanya seperti Mystic Manor, Mystic Point, The Archive Point, Garden of Wonders.Sebuah kelab makan pun ada di sediakan di sini.

2) Grizzly Gulch


Bagi mereka yang menyukai keseronokan yang lebih mencabar maka Grizzly Gulch adalah tempat yang lebih sesuai. Suasana di sini lebih kepada ala-ala koboi.Memang cantim tempatnya.

3) Toy Story Island



Cerita Toy Stroy pun keluar masa admin masih kecil dahulu. Di Hong Kong Disneyland pun ada satu tempat khusus untuk Toy Story di pangil Toy Story Island. Gambar di atas ini ialah gambar semasa pembukaan Toy Story Island. Nampak macam meriah,kan?

4) Fantasyland 


Kalau sudah namanya fantasi, pasti ada terfikir tentang tuan puteri dengan istana kayanagan. Sememangnya betul. Di Hong Kong Disneyland,ini lah dia tempat yang namanya Fantasyland. Dia punya istana memang besar gedabak bagaikan istana raja zaman silam. Cantik sangat-sangat dekorasi bangunan istana ini dengan warna merah jambu dan gabungan biru muda.

5) Tomorrowland



Tomorrowland pula lebih kepada bentuk fantasi yang berkonsepkan moden, seperti ada planet yang terbang dan juga kapal angkasa. Bagi mereka yang berminat dengan angkasawan dan juga bintang-bintang boleh datang ke bahagian Tomorrowland/

6) Adventureland

Sesuai dengan nama dia adventure maka tempat ini lebih sesuai untuk golongan lebih dewasa. Bagi yang suka suasan hutan,bunyi air terjun,bunyi ala-ala unggas dan suasan dalam belantara, maka Adventureland adalah tempat yang lebih sesuai untuk di kunjungi. Dekat sini mereka ada sediakan satu bot untuk kita naik. Jadi bolehlah kita hendak bersiar-siar untuk lihat keindahan flora dan fauna di situ. 

7) Main Street USA


Pun ada di sini =) Tempat ini sudah jadi macam perkampungan Inggeris pun ada baik dari segi orang-orang yang ada, kereta atau bangunan. Nampak juga kelainannya di sini.Kat sini juga kebiasaannya kita boleh jumpa watak-watak glamor yang ada dekat Disneyland. Contohnya apa ya macam watak Tuan Puiteri Dengan Orang Kerdil, pun ada dekat tempat ini. 

Jadi,kalau rasa mahu melancong ke Hong Kong Disneyland, kenalah kumpul duit dulu banyak-banyak.Kan? Hehe =) 





2 comments:

  1. Bilalah le sampai sini.... huhu bestnyerrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. kumpula la duit,kalau da ade da boleh fly dah tu hehe ^_^

      Delete