Blog Isu Semasa

Saturday, 28 June 2014

Doa Untuk Elakkan Keguguran

Bagi anda yang mempunyai isteri atau kenalan yang kerap mengalami keguguran,mungkin selain dari faktor saintifik ada lagi faktor lain yang menyebabkan keguguran yang mungkin berkaitan dengan hal-hal batin yang tidak nampak dengan mata kasar.Maka perbanyakkan doa khusus supaya akan datang anda insyaAllah agar isteri atau sesiapa sahaja yang pernah mengalaminya tidak lagi berlaku keguguran,insyaAllah.


SURAH AL-Hij'r (Batu Gunung)

Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.


Terjemahannya:

Ayat 97
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

Cara-cara Bacaan.
Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.

No comments:

Post a Comment