Inilah rahsia dari Imam As-Syibli yang memiliki nama Syeikh Abu Bakr ibn Dulaf ibn Jahdar. Ia dikenali sebagai ulama sufi yang menghabiskan banyak waktunya untuk menimba ilmu dan berguru kepada banyak ulama di zamannya. Dengan ketaatan yang tinggi dalam hal ibadah, nyatanya tidak menjadi jaminan bahawa seseorang akan diampuni dosanya, seperti kisah Imam As-Syibli, kebaikan yang remeh pun mampu menjadi penolongnya.
Kisahnya
Imam As-Syibli dikenali juga dengan keistiqomahannya dalam beribadah dan solat serta puasa. Akan tetapi, dari sekian banyak amal ibadah yang dilakukan oleh Imam As-Syibli semasa hidup, hanya satu amalan yang menurut orang lain ringan, yang dapat menghapus dosa As-Sibli dan berhasil meraih ampunan Allah SWT.
Di dalam kitab Nashaih Al Ibad karya Syeikh Imam Nawai Al-Batani dikisahkan, setelah sekian waktu lamanya Imam As-Syibli wafat, ada seorang temannya yang bermimpikannya. Dalam mimpinya itu terlihat Imam As-Syibli nampak mendapatkan nikmat kubur.
"Wahai Imam As-Syibli, apa yang diperbuat Allah SWT kepadamu?" tanya temannya.
"Allah telah menempatkanku di tempat yang mulia," jawab Imam As-Syibli.
"Tolong beritahu aku amal apa yang engkau perbuat sehingga mendapatkan kemuliaan itu?" pinta temannya.
Mendapatkan Ampunan Allah SWT
Imam As-Syibli pun bercerita bahawa dirinya pernah ditanya Allah SWT tentang amal yang membuat ampunan datang kepadanya. Imam As-Syibli menjawab kalau dirinya telah melakukan amal baik dan ikhlas dalam beribadah. Akan tetapi, jawaban itu disangkal oleh Allah SWT. Imam As-Syibli pun langsung menjawab amal lainnya.
"Mungkin kerana ibadah hajiku, puasaku, dan solatku," kata Imam As-Syibli.
Namun, lagi-lagi penyataan itu ditolak oleh Allah SWT. Imam As-Syibli lantas cuba untuk mengingati amal baiknya lagi semasa hidupnya.
"Atau mungkin kerana kerajinanku dalam mencari ilmu," dia cuba meneka.
Pernyataan itu kembali disangkal oleh Allah SWT hingga akhirnya Imam As-Syibli menyerah. Ia kemudian berkata,
"Ya Rabbi, semua itu adalah amalanku yang kerananya aku harap Engkau mahu memaafkanku."
Kemudian Allah SWT berfirman,
"Semua itu tidaklah membuatKu mahu mengampunimu."
Imam As-Syibli Menolong Anak Kucing
Imam As-Syibli lantas bertanya,
"Lalu, kerana apa Engkau berkenan mahu mengampuniku?"
Allah SWT berfirman,
"Ingatkah engkau, ketika engkau berjalan di pinggiran kota Baghdad, engkau menemukan seekor anak kucing yang kedinginan dan merapatkan tubuhnya ke sebuah tembok. Kemudian kerana merasa kasihan, engkau mengambil anak kucing itu dan memasukkannya ke dalam saku jubahmu agar ia selamat dari kedinginan?"
"Iya," jawab Imam As-Syibli.
Allah SWT berfirman,
"Kerana rasa kasihmu pada anak kucing itulah Aku berkenan mengampunimu."
Imam As-Syibli bersyukur telah mendapatkan ampunan Allah SWT. Ia sendiri tak menyangka jika amal menolong kucing itulah yang menghantarkannya mendapatkan kemuliaan dari Allah SWT.
Setelah mendapatkan penjelasan itu, teman Imam As-Syibli sedar bahawa amal ibadah yang dilakukan di dunia aini tidak menjadi jaminan mendapatkan ampunan dari Allah SWT. Mngkin sahaja amal remeh temeh itu di lihat manusia agak ringan,namun ia cukup besar di mata Allah seperti menolong haiwan dan tumbuhan.

No comments:
Post a Comment