Blog Isu Semasa

Friday, 27 June 2014

Tips Melupakan Cinta Pertama,Si Dia..

Ada orang mengatakan cinta pertama itu indah. Dialah yang memberi pengalaman pertama bagaimana kita merasai perasaan indah itu selepas kita menyayangi orang tua, ibu,rakan-rakan baik dan lain-lain.

Namun, walaupun dia itu menjadi susuk tubuh yang pertama pernah singgah di hati anda, belum tentu lagi di Luth Mahfuz itu tercatat bahawa nama dia dan anda akan bersanding di pelaminan sebagai suami dan isteri.
Anda menyayanginya, mahu mendampingi hidupnya, menyediakan semua ruang waktu buat si dia, mengharapkan punya rumah,anak-anak dan kehidupan bersama-sama.

Namun kehendak Allah tidak pernah sama dengan keingina hati yang bertakhta di hati. Sebesar apa pun cinta anda pada si dia, tetaplah jua anda perlu akur bahawa cinta kepada Sang Maha Pencinta perlu anda dahului.Bilamana Allah menetapkan dia bukanlah jodoh anda, maka terimalah dengan pasrah.

Maka artikel ini turut di tulis buat anda supaya anda perlahan-lahan melepaskan si dia untuk melayari bahtera hidup tanpa anda di sisi, dan merelakan insan lain yang menamaninya bersama-sama di bawah jagaan Allah swt.


Macam mana nak lupakan dia,dan teruskan hidup anda:

Tips 1 : Lupakan kebaikannya
Bukan bermaksud untuk mengajak anda untuk menjadi insan yang tidak kenang budi dengan kebaikan orang lain, namun ini untuk mendidik hati anda untuk tidak rasa bersalah supaya membalas semua yang di berikan oleh si dia.Jika setiap barang yang di beri akan membuatkan hati anda terseksa, maka buanglah ia,berikan kepada orang lain, ataus sedekah kepada sesiapa yang lebih perlu(in case dia beri anda rumah atau kereta haha)

Tips 2 : Padamkan semua maklumat peribadinya
Jika anda punya emel,nombor telefon,dan lain-lain,padam semuanya dari handphone anda.Jika anda friend dengan dia di facebook, unfriend dan unfollow akaun twitter dan instagramnya. Padamkan semua gambar yang pernah anda simpan.

Tips 3: Solat 5 waktu
Allah itu selalu menunggu anda lebih daripada makhluk lain.Maka sambut panggilan Allah untuk lebih menangkan jiwa.Jangan tinggalkan solat,bilamana hubungan anda dan Allah terputus,tiada apa yang sengsara lagi bagi hati anda. Biar putus hubungan dengan si dia, asal jangan putus hubungan dengan Allah.

Tips 4: Doakan
Doakan untuk diri kita..Ya Allah tabahkan hatiku,sabarkan jiwaku,tenangkan hidupku,kurniakan aku pengganti yang baik,sesungguhnya hatiku ini hanya milik-Mu...: Ingat bahawa rasa cinta itu hanya ada apabila Allah izinkan ia wujud.carilah Allah dulu melalui doa,insyaAllah Allah akan pertemukan diri kita dengan ketenangan.

Tips 5: Sibukkan diri dengan banyak aktiviti.
Anda akan banya berfikir tentang si dia bilamana anda mempunyai banyak waktu senggang. Oleh itu sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti. Jika boleh sertai aktiviti bajikan seperti memberi makan kepada orang gelandangan,melawat rumah anak yatim dan lain-lain. Cara ini akan membuat hati anda lebih bersyukur...

Walaupun anda putus hubungan dengan si dia, namun Allah masih memberi anda rumah dan makan minum sehari-hari.Lihat kekurangan orang lain, anda akan merasa lebih syukur dengan takdir anda untuk hari ini.

Tips 6: Terima hakikat Allah Maha Mengetahui.
Allah lebih tahu apa yang baik atau tidak untuk anda. Untuk hari ini, anda banyak melihat 'cantik" dia hingga hati anda cair dan bahagia. Mungkin sahaja anda masih belum lihat "buruknya" dia yang mungkin membuatkan hati anda akan terluka.Maka dengan itu Allah menyelamatkan diri anda dari dia dengan jangka waktu yang lebih awal. Maka bersangka  baiklah dengan Allah dalam hal ini.

Semoga anda yang sudah putus dengan si dia, bertabahlah. Allah itu amat dekat. Allah minta anda mencintai-Nya terlebih dahulu sebelum anda sibukkan diri untuk mencintai susuk tubuh manusia yang lain. Kerana apa sekalipun keinginan kita, tetap juga segala datangnya dari Allah,baik rezeki atau pun jodoh.


No comments:

Post a Comment