Blog Isu Semasa
Agama | Aneka Nasi | Biskut | Edisi Lawak | Hiburan | Kuih-muih | Masakan barat | Minuman | Perkara Menarik Sedunia | Perlancongan
Thursday, 26 June 2014
Resepi Pisang Goreng Rangup
Bahan-bahan
10 biji pisang nangka - dibelah dua bahagian
200 gm tepung goreng pisang jenama Adabi sedikit garam
2 sudu besar mentega – dicairkan
1 sudu teh sedikit soda bikarbonat
Secubit serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
1. Masukkan tepung goreng pisang adabi, sedikit garam serta soda bikarbonat ke dalam mangkuk sederhana besar.
2. Kemudian,masukkan sedikit air dan mentega dan kacau sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3. Panaskan minyak dalam kuali, pastikan minyak berlebihan supaya pisang boleh tenggelam ketika digoreng.
4. Apabila minyak betul-betul panas, celupkan seketul pisang dalam bancuhan tepung dan masukkan ke dalam minyak.
5. Angkat dan toskan..dan celupkan sekali lagi pisang dengan bancuhan tepung tadi (2 kali celup tepung untuk rangup ) Ulang sehingga habis.
6. Goreng pisang hingga keemasan,angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang ketika masih panas.
Labels:
Kuih-muih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment