Adakah anda penggemar coklat dan pada masa yang sama pencinta keju?Kalau sebut keju macam-macam ya cara nak buat?Pizza lah,kek keju lah,itulah inilah.Baik, dalam artikel ini, admin nak share dengan anda yang memang suka dengan keju plus coklat iaitu resepi Kek Coklat Keju Kukus.
Yes, kek kukus la pendek cerita.
Bahan lapis coklat :-
2 biji telur gred A
200gm gula halus
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
120ml air panas
130ml susu cair
120ml minyak jagung
170gm tepung gandum
3 sudu makan serbuk koko
Bahan lapis cheese:-
250gm cheese Philadelphia
60gm gula halus
1 biji telur gred A
1 sudu makan air
1 sudu makan tepung gandum
Cara-cara:
Lapisan Coklat
1. Ayak tepung gandum dan serbuk koko, ketepikan.
2.Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan esen vanilla, garam kemudian susu cair, minyak jagung dan air panas.
3.Putar sebati kemudian masukkan tepung yang telah diayak. Gaul rata dan bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak.
Lapisan Cheese
1.Putar krim cheese dan gula hingga sebati kemudian masukkan telur. Putar rata dan masukkan tepung dan air. Kaup balik hingga sebati.
Cara mengukus
1.Sediakan pengukus, griskan loyang 6inci x 6inci dan lapik dengan baking paper.
2.Setelah air kukusan mendidih, kukus lapisan pertama coklat selama 30 minit atau hingga masak. Pastikan loyang di tutup dengan foil bagi mengelakkan air kukusan menitik atas kek.
3.Setelah lapisan coklat tadi masak, lapiskan dengan adunan cheese. Kukus lagi selama 30 minit.
4. Untuk lapisan ketiga, tuang adunan coklat terakhir dan kukus lagi selama 45 minit. Biarkan kek benar-benar sejuk sebelum di keluarkan dari loyang.
P/S:
Resepi ini di share oleh admin yang handal dari http://resepimasakanmudah.blogspot.com/ . Jadi kalau nak tahu resepi lain yang best-best,boleh layari blog beliau.
No comments:
Post a Comment