Blog Isu Semasa
Agama | Aneka Nasi | Biskut | Edisi Lawak | Hiburan | Kuih-muih | Masakan barat | Minuman | Perkara Menarik Sedunia | Perlancongan
Friday, 27 June 2014
Resepi Biskut Mentega
Bahan-bahan Resepi Biskut Mentega
-125 gram mentega sejuk
-50 gram marjerin
-1/4 sudu teh gramresepi biskut mentega
-100 gram gula aising
-1 biji kuning telur
-225 gram tepung gandum
-30 gram susu tepung
-1/2 sudu teh serbuk penaik
-1 sudu teh kopi segera, dilarutkan dalam 1 sudu teh air panas
Bahan Taburan Resepi Biskut Mentega
-75 gram gula pasir kasar
-Cara Membuat Resepi Biskut Mentega
-Pukul mentega, marjerin, garam dan gula aising selama 30 saat. masukkan kuning telur dan dipukul hingga rata.
-Masukkan tepung gandum, susu tepung dan serbuk penaik sambil diayak dan diakacu hingga rata. ambil 1/4 bahagian adunan biskut mentega anda dan masukkan larutan kopi tadi.
-Canai adunan yang berwarna putih dalam masa yang sama masukkan adunan warna kopi di beberapa bahagian supaya menjadi bertompok-tompok. Canai lagi menjadi ketebalan 0.5 cm sahaja. Terapkan dengan acuan bulat atau mengikut kesukaan anda.
-Letakkan di atas loyang ang telah disapu nipis dengan merjerin dan taburkan bahan taburan tadi.
-Bakar dengan api pada tahap kepandan api pada 140 celcius selama 35 minit atau sehingga masak.
-Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Tips Memasak Biskut dan Kek
1)Panaskan ketuhar terlebih dahulu untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki oleh sesuatu resepi sebelum mula membakarnya.
2)Gunakan gula halus apabila dinyatakan dalam resepi kerana gula yang tidak larut akibat tidak cukup diputar akan menyebabkan terdapatnya bintik2 putih dipermukaan kuih-muih.
3)Gunakan telur yang besar pada suhu bilik kerana apabila dipukul,akan mengembang daripada telur sejuk.
-Telur besar 70-75gm
-Telur sederhana 60-65gm
-Telur kecil 55gm
4)Apabila memukul telur dan gula,pukul pada kelajuan tinggi sehingga campuran pekat dan putih.
5)Pastikan kuning dan putih telur tidak bercampur ketika diasingkan.Sedikit kuning telur yang termasuk kedalam putih telur boleh diasingkan dengan menggunakan separuh kulit telur.
6)Jangan campurkan telur terlalu cepat kedalam adunan berkrim kerana ia akan mendidih.Walau bagaimana pun,jika campuran mendidih juga,masukkan sedikit tepung.
7)Apabila mencampurkan tepung kedalam kek span,kaup dan balikkan dengan cepat bagi mengelakkan kehilangan gelembung udara yang terperangkap semasa memukul telur.Gelembung udara ini memberi rasa yang ringan dan halus pada kek.
8)Pastikan adunan di tepi mangkuk di kikis dan di campurkan sehingga sebati kerana bahan-bahan yang tidak sebati boleh menyebabkan permukaan kek berbelang.
Kredit:
norziehany.blogspot.com
Labels:
Biskut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment