Blog Isu Semasa

Saturday, 28 June 2014

Doa Cepat Dapat Jodoh


Setiap insan ingin jodoh yang baik agar hidup berkekalan sehingga akhir hayat. Jodoh yang baik akan mendapat keturunan yang baik. InsyaAllah jika seseorang berusaha dan berdoa untuk mendapat jodoh yang dipinta nescaya Allah akan perkenankan. Jodoh bukan datang dan pergi seperti seperti angin yang lalu. Kadang-kadang berkawan dan berdating bagai nak rak kehulu dan kehilir, akhirnya berkahwin dengan orang lain.

Yang lebih malang selepas berkahwin tidak sampai dua tahun sudah panjat pejabat agama dan akhirnya bercerai. Jika begitu mereka ini yang bercerai tidak ada jodoh ke? Tidak  pernah baca doa mendapat jodoh yang baik atau pakai tangkap muat sahaja. Tengok muka licin dan berharta, itu jodoh aku barangkali?? Tak pernah buat solat Istikharah sebelum berkahwin?. Atau pakai berserah sahaja tanpa berusaha. Nak minta perlu ada usaha iaitu doa. Doa adalah ibadah dan senjata orang-orang mukmin.


Amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu :

Ertinya:

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (ayat 131).

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 132).

Selain itu, perbanyak membaca salawat Nabi Muhammad saw. Perbanyakkan setakat yang terdaya. Lagi banyak salawat lagi baik.


No comments:

Post a Comment